Powered By Blogger

Monday, August 8, 2011

Di Mana Di Mana

Tiba-tiba pula aku mau tulis pasal artis ni. Kadang-kadang rasa takut mau tulis pasal artis sebab aku ni bukannya   pakar mau bincang-bincang pasal artis ni macam blog Beautiful Nara tu kan. Tapi mau juga tulis sebab benda ni selalu sangat bermain-main di kepala. Tapi, apa kaitan ngan blog aku ni??? Nama pun Blog Tanpa Hala Tuju. Jadi kita layan seja la konon k.

Mula-mula, aku macam rasa hairan kenapa macam industri muzik kita ni macam kurang warna. Warna apa yang kurang pun aku nda pasti la apa. Kalau dulu banyak yang ada. Ada boyband macam VE, Ruffedge dan lain-lain. Pastu ada geng-geng yang nyanyi dangdut, slow rock, geng-geng yang nyanyi lagu tangkap nangis (nda tau la apa genre durang) dan banyak lagi la. Kira macam meriah la kan. Lagu durang pun masih popular lagi bah sampai sekarang. Kalo pigi karaoke konfem ada juga tu lagu-lagu durang di nyanyi. 

Tapi macam sekarang banyak yang mau jadi artis solo ni. Memang la artis solo macam best kan. Populariti nda payah di kongsi. Kalo dapat duit show pun nda payah mau bagi sama rata dengan ahli kumpulan yang lain sebab suda nama pula artis solo. Rasanya memang trend pula tu jadi artis solo sekarang ah???? Tapi kenapa mesti jadi artis solo juga ah??? Wajib ka tu??

Dari apa yang aku tengok la kan, banyak program realiti TV yang menghasilkan artis-artis di Malaysia ni contohnya macam Akademi Fantasia (AF), Mentor, MyStarz LG dan Bintang RTM. Tapi sikit jak ni yang popular. Yang lain pigi mana ah? Sayang la kan kalo suda dapat masuk program tapi tidak terserlah bakat dan seterusnya mewarnai industri muzik kita. Kita ambil jak contoh Akademi Fantasia ah. Dalam 1 musim ada la kali lebih 10 orang dia punya peserta tapi biasa yang finalis jak la popular. Ada la juga yang tidak masuk final tapi popular juga namun bilangan nya sikit jak ni. Yang lain macamana la tu? Nda bole ka dorang ni di kumpul lepas tu jadi macam 1 kumpulan? Kumpulan apa-apa la. Nyanyi balada ka, rock ka, pop ka? Suara suda ada, muka pun suda pernah masuk TV, peminat pun konfem suda ada sebab dulu-dulu suda pernah di undi. So, apa tunggu lagi??? Mesti orang lain fikir "Kau senang la cakap, bukan kau yang urus" dan macam-macam lagi la. Tapi, aku tetap rasa yang industri muzik macam membazir bakat jak. Mesti ada cara yang bole di gunakan untuk tidak membazirkan bakat-bakat yang melimpah ruah ni.

Ini kira macam strategi juga bah ni kan. Aku suka macam apa yang di buat oleh Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila. Masing-masing artis solo tapi bole di kumpul jadi group yang bukan sekadar group biasa tapi TERBAIK PUNYA. So, why not yang lain pun buat strategi macam ni? Sekurang-kurangnya, ada la juga tambah "warna" dalam muzik yang kita dengar hari-hari. 




Sori la apa yang katakan disini mungkin menyakiti beberapa pihak tapi aku pun sayang industri muzik Malaysia juga bah. Tapi apa-apa pun, semoga industri muzik Malaysia sentiasa maju dan menghiburkan rakyat Malaysia di mana jua. Kita nyanyi dulu lagu 3 Suara nie.....Di mana, di mana~~~~


p/s: dulu banyak lagu-lagu rock best....sekarang mana lagu-lagu rock ah?? Tapi layan lagu indie pun ok juga bah....


Sunday, August 7, 2011

Singgah Sebentar di Perdana Park, Kota Kinabalu

Anak: Pak, boring nya malam ni. Kerja sekolah pun suda siap ni. (Budget rajin la konon)

Bapak: Yaka? Mau jalan pigi mana juga malam-malam ni? Malas bapak mau jalan malam ni tau. (Padahal mau tgk Lena AF9)

Anak: Kita jalan-jalan la bah pigi Perdana Park. Ada air warna-warna, muzik-muzik lagi. (Buat muka comel)

Mamak: Ya la. Kita tengok ulangan jak bah bisuk. Malam ni jalan-jalan dulu kita. Terus kita makan di Tanjung Aru la. Dapat saya makan jeruk. (Bagi hint mau ada baby la tu)

Bapak: Ya la. (Pasrah)

Anda ingin tempat yang santai??? Meriah???? Sesuai untuk seisi keluarga???

Jom pigi Perdana Park, KK. Ada air pancut, muzik-muzik, tempat orang jogging, taman permainan, alat senaman dan macam-macam lagi. Aku pun ada juga pernah datang sini beberapa kali. Dapat la ambil gambar yang best-best. 
















Kalo yang air pancut tu sebelah malam jak. Performance dalam 7.00 pm, 7.30 pm, 8.00 pm dan 8.30 pm. Performance dalam 10 minit la macam tu. Ada banyak lagu mengiringi air pancut. Ada lagu Cha Cha dan lain-lain lagi. Bole kita menari-nari lagi di sana. So, have fun there.

Lagu Yang Membuatkan Aku Menangis.......Sial la..Pui

Bagi seorang lelaki, menangis is a big NO. Lebih-lebih lagi menangis disebabkan oleh lagu.....Adoyaiiiiiiiii.....Tolonglah, please. Kalo dulu-dulu, tiada-tiada la kali aku ni mau menangis sebab dengar lagu jak. Apa barang mau nangis sebab benda macam ni kan??? Pendapat aku la time tu. Walau bagaimanapun, semenjak dua menjak nie, lagu-lagu sedih nie suda jadi macam "BAWANG" yang bole menyebabkan air mata mahal ku ni mengalir. (Jap ah, malu dulu sekejap).

Semuanya bermula bila aku mendengar satu lagu nie. Lagu lama juga la. Kawan selalu pasang sambil karaoke lagi konon di dalam kereta. Berabis la konon dorang feeling nyanyi-nyanyi dalam kereta. Mula-mula aku okay jak tapi mula suda terbayang cerita lain yang berkait rapat dengan lagu nie. So, sekarang aku kena jauh-jauh sikit bila dengar lagu yang mendayu-dayu sedih lagi versi TANGKAP NANGIS!!!....Takut kantoi mengalir air mata bah. Bah, apa kata sekarang kita layan dulu lagu nie..Aku pulak mau chow juga pasni. Jangan di tanya aku mau pigi mana. Jangan pula kata aku lari mau menangis (Cover konon).

Penyanyi: Tommy J Pisa
Tajuk: Biarkan Aku Menangis
Imaginasi ku: Rahsia la~~~Bikin malu mau di kasi cerita..hehe



p/s: Merah suda mata ku~~~ 

Sepetang di Pantai Kelambu, Kudat

Pantai Kelambu.....Antara pantai yang paling popular di Kudat selain Pantai Simpang Mengayau dan Pantai Bak-Bak. Jauh dari bandar Kudat adalah lebih kurang 35 KM gitu. Not bad juga la jalan pigi sana. Bole tengok-tengok dulu kampung-kampung orang Kudat on the way pigi sana. Kalo aku memang biasa la pigi sana. Setiap 2 minggu sekali mesti pigi sana. 

Jadi apa la kunun yang best nya di Pantai Kelambu ni????

Jadi, kepada sesiapa yang mau picnic-picnic ka, memancing ka, memukat ka.....bah sini la tempat yang best dan strategik. Bah, kasi tengok la kamu dulu bah gambar-gambar intro nie.


Nampak suda kan??Gambar di atas tu kira macam pulau la konon. Kalo air pasang, pasir mau pigi sana tenggelam. Mau air surut jak baru nampak itu pasir. Sana ada banyak batu-batu tu tempat paling sesuai untuk sesiapa kaki pancing atau cari siput. Kalo angin barat, kamu memancing la sebelah kiri gambar. Kalo angin timur, memancing la sebelah kanan gambar. Naaaaa, strategik kan???

Yang mau picnic pun bole bah. Ada dalam 3 buah pondok di sini nie. Kau pilih la mana kau suka. Kalo mau tidur-tidur pun best juga. Senang seja kau mau tidur tu sebab kena buai bunyi pokok ru. Best nya pula!!!! Terbayang-bayang suda ni best dia. Kalo siang la best dengar itu bunyi. Kalo malam, nda la kali. Mau mandi pun ok juga ni sini. Hati-hati jak mandi sini ni. Yala kan bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Aleiiiii, ada pepatah lagi konon. Bah, layan la bah ini gambar dulu.





Paling syok suda dorang nie konon mandi-manda. Kurang asam punya budak-budak. 

Bagi sesiapa yang suka konon layan keadaan romantika pun boleh juga bah di sini. Suasana petang yang mendamaikan kan, angin sepoi-sepoi bahasa, merah-merah senja, matahari terbenam (dan lain-lain lagi la yang romantik), nah sini pun jadi juga nie untuk orang yang minat keadaan macam tu. Malas la bah buang masa. Nah, kau tengok la sendiri romantik ka tidak.









So, how???? Ada mengancam juga ka sikit-sikit???. Kalo mau tengok dengan lebih dekat juga, bah datang la sini. 

p/s: Trimas kepada Irfan, Ekmal, Wan, Mameng kerana jadi model nda bertauliah di sini....juga thanks ngan Irfan sebab gambar yang amazing nie.....


Friday, August 5, 2011

Kg Limau-Limauan????Mana tu???


Kg. Limau-Limauan, Kudat???? Unik juga nama kampung tu. Nah, sini la kamu nda tau. Nama unik, pantai pun unik bah. Tiba-tiba rasa gatal ni mau jalan-jalan ngan bestfrens (Tun & Zaman) nah terus jalan pigi sana. Kalo yang nda tau mana jalan dia tu, bah sini la aku kasi tunjuk dia punya jalan. Kalo yang jalan dari Kudat tu, kau aim seja sebelah kiri kau. Kau kasi limpas jak itu Bandar Sikuati. Jangan kau aim sebelum Sikuati. Konfem nda kau jumpa tu sampai bila-bila. Yang penting jangan kau jalan aim sampai d Pekan Matunggong suda la. Konfem terlebih suda kau tu. (Membantu ka ni???Nda ku tau bah kasi tunjuk yang btol-btol ni...adeiii). Kalo nda jumpa juga, bah apa boleh buat la. Kira cincai la kau tanya orang di siring jalan.

Berbalik kepada tujuan utama kita ya. Aku mau kasi tunjuk betapa best nya pantai nya di sana. Nasib kami sampai time air surut. Boleh lagi kami terus ambil siput, kerang dengan lokan. Masak terussss di rumah. Bah, ini la antara gambar yang diambil time kami sana. Jangan jeles ah. Layan~~~~





Mencari siput la konon. Padahal berabis suda tahan nafas posing.




Ini kali la nda suda posing. Btol-btol pungut siput suda.




Aleiiiiii......Berabis tahan nafas suda C Gummuk ni..








Sori la banyak gambar ada makhluk-makhluk posing nie..hehehe

Jap-jap....ada lagi cket kunun aku mau bagi tengok.





Jom datang sini CEPAT......paling bergambar tu terus kamu..


Jalan2 di Kundasang dan Ranau-Musim Cuti Sikula


Nama pun memang penjalan. Kalo boleh hari-hari la kali berjalan jak keja. Tapi yang ni terbaik punya jalan. Jalan-jalan time budak-budak cuti sekolah. Jalan-jalan ngan kawan yang baru kenal juga. Mula-mula jalan dulu pigi Kg. Luanti. Sini la kalo yang gila mau tengok ikan-ikan besar. PALING BESAR PUNYA!!!!!.




Pastu baru la konon pigi Air Panas Poring. Memang nda pandai aku bosan owh kalo pigi sini. Berabis suda mandi-mandi di sini. Masuk sini pun murah jak bah. RM2 ka kalo nda silap untuk adult.








Bah, lepak-lepak jap bah di dataran Taman Negara Gunung Kinabalu. Sejuk bah rasa. Rasa macam di Korea suda ni. Trip Korea trus~~~~~




Jalan-jalan la pigi sini. Konfem puas ati.