Powered By Blogger

Sunday, August 7, 2011

Sepetang di Pantai Kelambu, Kudat

Pantai Kelambu.....Antara pantai yang paling popular di Kudat selain Pantai Simpang Mengayau dan Pantai Bak-Bak. Jauh dari bandar Kudat adalah lebih kurang 35 KM gitu. Not bad juga la jalan pigi sana. Bole tengok-tengok dulu kampung-kampung orang Kudat on the way pigi sana. Kalo aku memang biasa la pigi sana. Setiap 2 minggu sekali mesti pigi sana. 

Jadi apa la kunun yang best nya di Pantai Kelambu ni????

Jadi, kepada sesiapa yang mau picnic-picnic ka, memancing ka, memukat ka.....bah sini la tempat yang best dan strategik. Bah, kasi tengok la kamu dulu bah gambar-gambar intro nie.


Nampak suda kan??Gambar di atas tu kira macam pulau la konon. Kalo air pasang, pasir mau pigi sana tenggelam. Mau air surut jak baru nampak itu pasir. Sana ada banyak batu-batu tu tempat paling sesuai untuk sesiapa kaki pancing atau cari siput. Kalo angin barat, kamu memancing la sebelah kiri gambar. Kalo angin timur, memancing la sebelah kanan gambar. Naaaaa, strategik kan???

Yang mau picnic pun bole bah. Ada dalam 3 buah pondok di sini nie. Kau pilih la mana kau suka. Kalo mau tidur-tidur pun best juga. Senang seja kau mau tidur tu sebab kena buai bunyi pokok ru. Best nya pula!!!! Terbayang-bayang suda ni best dia. Kalo siang la best dengar itu bunyi. Kalo malam, nda la kali. Mau mandi pun ok juga ni sini. Hati-hati jak mandi sini ni. Yala kan bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Aleiiiii, ada pepatah lagi konon. Bah, layan la bah ini gambar dulu.





Paling syok suda dorang nie konon mandi-manda. Kurang asam punya budak-budak. 

Bagi sesiapa yang suka konon layan keadaan romantika pun boleh juga bah di sini. Suasana petang yang mendamaikan kan, angin sepoi-sepoi bahasa, merah-merah senja, matahari terbenam (dan lain-lain lagi la yang romantik), nah sini pun jadi juga nie untuk orang yang minat keadaan macam tu. Malas la bah buang masa. Nah, kau tengok la sendiri romantik ka tidak.









So, how???? Ada mengancam juga ka sikit-sikit???. Kalo mau tengok dengan lebih dekat juga, bah datang la sini. 

p/s: Trimas kepada Irfan, Ekmal, Wan, Mameng kerana jadi model nda bertauliah di sini....juga thanks ngan Irfan sebab gambar yang amazing nie.....


No comments:

Post a Comment