There was an error in this gadget

Monday, August 8, 2011

Di Mana Di Mana

Tiba-tiba pula aku mau tulis pasal artis ni. Kadang-kadang rasa takut mau tulis pasal artis sebab aku ni bukannya   pakar mau bincang-bincang pasal artis ni macam blog Beautiful Nara tu kan. Tapi mau juga tulis sebab benda ni selalu sangat bermain-main di kepala. Tapi, apa kaitan ngan blog aku ni??? Nama pun Blog Tanpa Hala Tuju. Jadi kita layan seja la konon k.

Mula-mula, aku macam rasa hairan kenapa macam industri muzik kita ni macam kurang warna. Warna apa yang kurang pun aku nda pasti la apa. Kalau dulu banyak yang ada. Ada boyband macam VE, Ruffedge dan lain-lain. Pastu ada geng-geng yang nyanyi dangdut, slow rock, geng-geng yang nyanyi lagu tangkap nangis (nda tau la apa genre durang) dan banyak lagi la. Kira macam meriah la kan. Lagu durang pun masih popular lagi bah sampai sekarang. Kalo pigi karaoke konfem ada juga tu lagu-lagu durang di nyanyi. 

Tapi macam sekarang banyak yang mau jadi artis solo ni. Memang la artis solo macam best kan. Populariti nda payah di kongsi. Kalo dapat duit show pun nda payah mau bagi sama rata dengan ahli kumpulan yang lain sebab suda nama pula artis solo. Rasanya memang trend pula tu jadi artis solo sekarang ah???? Tapi kenapa mesti jadi artis solo juga ah??? Wajib ka tu??

Dari apa yang aku tengok la kan, banyak program realiti TV yang menghasilkan artis-artis di Malaysia ni contohnya macam Akademi Fantasia (AF), Mentor, MyStarz LG dan Bintang RTM. Tapi sikit jak ni yang popular. Yang lain pigi mana ah? Sayang la kan kalo suda dapat masuk program tapi tidak terserlah bakat dan seterusnya mewarnai industri muzik kita. Kita ambil jak contoh Akademi Fantasia ah. Dalam 1 musim ada la kali lebih 10 orang dia punya peserta tapi biasa yang finalis jak la popular. Ada la juga yang tidak masuk final tapi popular juga namun bilangan nya sikit jak ni. Yang lain macamana la tu? Nda bole ka dorang ni di kumpul lepas tu jadi macam 1 kumpulan? Kumpulan apa-apa la. Nyanyi balada ka, rock ka, pop ka? Suara suda ada, muka pun suda pernah masuk TV, peminat pun konfem suda ada sebab dulu-dulu suda pernah di undi. So, apa tunggu lagi??? Mesti orang lain fikir "Kau senang la cakap, bukan kau yang urus" dan macam-macam lagi la. Tapi, aku tetap rasa yang industri muzik macam membazir bakat jak. Mesti ada cara yang bole di gunakan untuk tidak membazirkan bakat-bakat yang melimpah ruah ni.

Ini kira macam strategi juga bah ni kan. Aku suka macam apa yang di buat oleh Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila. Masing-masing artis solo tapi bole di kumpul jadi group yang bukan sekadar group biasa tapi TERBAIK PUNYA. So, why not yang lain pun buat strategi macam ni? Sekurang-kurangnya, ada la juga tambah "warna" dalam muzik yang kita dengar hari-hari. 




Sori la apa yang katakan disini mungkin menyakiti beberapa pihak tapi aku pun sayang industri muzik Malaysia juga bah. Tapi apa-apa pun, semoga industri muzik Malaysia sentiasa maju dan menghiburkan rakyat Malaysia di mana jua. Kita nyanyi dulu lagu 3 Suara nie.....Di mana, di mana~~~~


p/s: dulu banyak lagu-lagu rock best....sekarang mana lagu-lagu rock ah?? Tapi layan lagu indie pun ok juga bah....


1 comment:

  1. Btoi tu btoi..walaupun Shila,Jac and Ning sudah pun tersenarai antara artis solo wanita yang hebat, tapi bila depa begabung menyanyikan lagu2 dalam satu album, memang meletop! ;)

    ReplyDelete